Salam Perkenalan

Terima kasih kerana sudi memberikan sedikit masa anda untuk melayari laman blog saya. Di dalam blog ini saya akan cuba mengemaskini pada setiap hari jikalau saya berkesempatan. Sekian Terima Kasih.

Saturday, December 19, 2009

Kami Memang Selalu Bersama



Aku memang syok berkawan dengan mereka ni. Ijat, Din, Wan, dan Aku memang keluar berjalan selalunya bersama - sama. Nak pergi Jusco, Carrefour pun kami naik teksi berempat.Bayar duit teksi kongsi sama-sama. Bila balik, beli makanan kongsi duit bersama-sama juga. Ibaratnya, semuanya asyik berkongsi je....Kalau tak nak makan kat kafe dalam kampus,kami pergi makan kat luar. Kalau nak jimat, Wan masak nasi, Din pergi beli lauk kat kafe, Ijat sediakan air minuman, aku pulak keja basuh pinggan.

Ijat Wan dan Aku

Ijat Din and Aku

Berjalan di Times Square


Pada 19.12.2009 Saya dan kawan saya berjalan -jalan di sekitar Times Square dan Low Yatt.Di TS, sambutan rancak Hari Kristmas diadakan dengan penuh meriah.Kami bersama turut menikmati dan mengambil beberapa gambar. Suasana di sini penuh sesak kerana hari cuti pada hari tersebut.

Saturday, December 12, 2009

WAH!!!! Sangat banyak !!!


Ini ialah Tokong Ular yang terletak di Pulau Pinang. Di sini juga terdapat sebuah zoo mini yang menempatkan 50 jenis ular. Bagi anda yang ingin melihat ular secara dekat dan mahu merasai melalui deria rasa anda sendiri, anda boleh mencuba untuk datang ke sini kerana ular-ular di sini berada di atas pokok yang kita lalu dibawahnya. Anda juga jangan terkejut kerana kadang-kadang ular berada betul-betul dihadapan anda ataupun berada di atas kepala anda.
Jadi pergilah melancong.
Cuti - cuti 1Malaysia.

Hai