Salam Perkenalan

Terima kasih kerana sudi memberikan sedikit masa anda untuk melayari laman blog saya. Di dalam blog ini saya akan cuba mengemaskini pada setiap hari jikalau saya berkesempatan. Sekian Terima Kasih.

Wednesday, February 2, 2011

£50 juta (RM245.5 juta) untuk Torres

£50 juta atau dalam Ringgit Malaysia bersamaan dengan RM245.5 juta.
Harga yang dibayar oleh Chelsea pada Liverpool untuk penyerang berjersi no.9 di Anfield, Fernando Torres. Torres akan kekal selama 5 tahun setengah di Chelsea. Torres menjadi pemain yang termahal di England dan ketiga di dunia selepas C. Ronaldo dan Kaka yang bermain di Real Madrid. Sebenarnya, Chelsea sudah lama mengitai Torres ini, tapi kelab Liverpool enggan nak lepaskan dia. Rekod Torres di Liverpool sebelum ini memang cemerlang sebelum prestasi beliau jatuh sejak kebelakangan ini.Punca, pengurus sendiri iaitu Roy Hidgson, dan pemain yang telah berhijrah keluar dari Liverpool sepeti Xabi Alonso, dan Arbeloa. Mujur, Liverpool berjaya mencari pengganti Torres dengan pembelian 2 pemain iaitu Luis Suarez dan Andy Carrol.
Luis Suare dari Uruguay, seorang pemain yang licik. Gol yang masih sy ingat semasa dia main di WC2010 semasa lawan dengan korea selatan. Uruguay menang, 2-1. Gol yang lencong dari atas garisan kotak penalti,. sangat cantik, sehingga mendapat anugerah FIFA sebagai gol WC2010 yang tercantik. Pagi ini, aq nak tengok persembahan dari Luis Suarez. Kalau bagus, aq nak beli dia untuk Fantasy Team aq. haha...

Thursday, January 13, 2011

Liga EPL kembali...



Dah memang minat bola, minggu ini, ade "game". Hujung minggu yang ditunggu... Liga perdan Inggeris, liga yang paling diberi perhatian dari peminat diseluruh dunia.. Minggu ni, game yang best:

Tottenham Hotspurs vs Manchester United

Sudah pasti, semua mata peminat tertumpu pada game ini. Bagi penduduk Malaysia, game ini mula pada pukul 4 pagi. Sebelum ini, MU pernah menang 2-0 di laman MU. Kali ini, peluang untuk Spurs memecahkan rekod tanpa MU.
Dalam game ini, pemain yang patut diberi perhatian seperti pemain yang muda dan berbakat iaitu Gareth Bale.. Ferguson pun minat pada pemain ini. Bermula sebagai pemain pertahan kiri, meningkat untuk mengisi tempat tengah. Memiliki larian yang pantas dan mampu melakukan hantaran yang tepat. Kunci kejayaan Spurs terletak pada Trio utama mereka iaitu Bale, Van der Vaart, n Luka Modric.
Nani juga menjadi perhatian dalam game ini. Kelincahan dalam menguasai bola yang boleh mengelirukan pertahan Spurs. MU amat bertuah kerana mereka memiliki Nani yang boleh dikatakan berjaya menggantikan Ronaldo yang berhijrah ke Real Madrid. Ape pun, kite tgk saje game ini. Selamat Menonton. Aq sokong Spurs. Anti RED - DEVILS!!! ahaha.

Tuesday, January 4, 2011

Keluar berjalan di Low Yatt K.L

Sejak masuk semester ke-4 ni, aq mmg nak sangat ke Low Yatt, tgk gajet baru. So, pada 4/1/2011 aq gi bersama kawan2 aq. Ikhwan, Syazwan, Hasidi, Pidod.. Sebenarnya, kami pergi pukul 4 ptg, selepas tamat kelas calculus 2. Naik teksi sampai stesyen Chow Kit. Tambang teksi pun dh kene RM 8,.. Pastu, naik monorel pergi ke stesen Imbi. Masuk saje pintu Low Yatt, wow.. ramai orang. Aq sebenarnya nak cari satu set speaker untuk letak kat bilik. Baru rase syok sikit dengar lagu. Aq mmg minat pada muzik. Set speaker ni dh lama mengidam. Mula2 survey dulu, tengok kualiti dan harga juga. Pastu, aq beli satu. Harganya RM69, model Sonic Gear. Wah.. boleh jugak tahan. De bass,treble, pastu siap dengan remote control. HAha.. aq suka... Akhirnya dapat juga. YAhoo.... Pastu, kami makan, n solat maghrib dulu. Selepas selesai baru pulang ke KSJ semula. Nak try speaker baru ni. hehehe.