Salam Perkenalan

Terima kasih kerana sudi memberikan sedikit masa anda untuk melayari laman blog saya. Di dalam blog ini saya akan cuba mengemaskini pada setiap hari jikalau saya berkesempatan. Sekian Terima Kasih.

Tuesday, August 11, 2009

BATU BERSURAT DI PULAU PANGKOR SERI MANJUNG

Batu Bersurat terletak di Kampung Teluk Gedung, Pulau Pangkor (15 minit dari Jeti Pulau Pangkor). Ianya berhampiran dengan kawasan rumah nelayan di tepi pantai dan berhadapan dengan Kota Belanda (10 meter dari kota tersebut.

* Batu Bersurat merupakan seketul batu yang sangat besar di mana tertera lakaran dan tulisan di atasnya. Batu itu dipercayai hidup oleh penduduk tempatan kerana ia mampu membesar dari saiz asalnya yang agak kecil.
* Lakaran yang diukir di permukaan Batu Bersurat tersebut ialah berbentuk seekor harimau yang sedang menumpaskan sesuatu (dipercayai seorang budak lelaki) dan terdapat dua bulatan berbentuk daun dan juga perkataan-perkataan Belanda serta Inggeris yang berbunyi “If Carlo 1743”. Tahun yang tercatit dikatakan sebagai tahun pendudukan semula Belada di Pulau Pangkor selepas diusir oleh penduduk tempatan yang diketuai oleh Panglima Kulup pada sekitar tahun 1690an.

Sejarah Batu Bersurat jika dikaji dari sudut zaman peristiwa itu berlaku, ukiran yang terdapat pada batu itu menceritakan hal kisah seorang budak lelaki, anak kepada pembesar Belanda telah hilang dan dipercayai telah dibaham oleh seekor harimau. Walaubagaimanapun mengikut sumber penduduk kampung, kisah ini merupakan rekaan semata-mata oleh orang Belanda untuk menutup malu sebenarnya anak pembesar Belanda tersebut telah dilarikan oleh lanun.

1 comment: