Salam Perkenalan

Terima kasih kerana sudi memberikan sedikit masa anda untuk melayari laman blog saya. Di dalam blog ini saya akan cuba mengemaskini pada setiap hari jikalau saya berkesempatan. Sekian Terima Kasih.

Tuesday, January 4, 2011

Keluar berjalan di Low Yatt K.L

Sejak masuk semester ke-4 ni, aq mmg nak sangat ke Low Yatt, tgk gajet baru. So, pada 4/1/2011 aq gi bersama kawan2 aq. Ikhwan, Syazwan, Hasidi, Pidod.. Sebenarnya, kami pergi pukul 4 ptg, selepas tamat kelas calculus 2. Naik teksi sampai stesyen Chow Kit. Tambang teksi pun dh kene RM 8,.. Pastu, naik monorel pergi ke stesen Imbi. Masuk saje pintu Low Yatt, wow.. ramai orang. Aq sebenarnya nak cari satu set speaker untuk letak kat bilik. Baru rase syok sikit dengar lagu. Aq mmg minat pada muzik. Set speaker ni dh lama mengidam. Mula2 survey dulu, tengok kualiti dan harga juga. Pastu, aq beli satu. Harganya RM69, model Sonic Gear. Wah.. boleh jugak tahan. De bass,treble, pastu siap dengan remote control. HAha.. aq suka... Akhirnya dapat juga. YAhoo.... Pastu, kami makan, n solat maghrib dulu. Selepas selesai baru pulang ke KSJ semula. Nak try speaker baru ni. hehehe.

No comments:

Post a Comment