Salam Perkenalan

Terima kasih kerana sudi memberikan sedikit masa anda untuk melayari laman blog saya. Di dalam blog ini saya akan cuba mengemaskini pada setiap hari jikalau saya berkesempatan. Sekian Terima Kasih.

Wednesday, February 2, 2011

£50 juta (RM245.5 juta) untuk Torres

£50 juta atau dalam Ringgit Malaysia bersamaan dengan RM245.5 juta.
Harga yang dibayar oleh Chelsea pada Liverpool untuk penyerang berjersi no.9 di Anfield, Fernando Torres. Torres akan kekal selama 5 tahun setengah di Chelsea. Torres menjadi pemain yang termahal di England dan ketiga di dunia selepas C. Ronaldo dan Kaka yang bermain di Real Madrid. Sebenarnya, Chelsea sudah lama mengitai Torres ini, tapi kelab Liverpool enggan nak lepaskan dia. Rekod Torres di Liverpool sebelum ini memang cemerlang sebelum prestasi beliau jatuh sejak kebelakangan ini.Punca, pengurus sendiri iaitu Roy Hidgson, dan pemain yang telah berhijrah keluar dari Liverpool sepeti Xabi Alonso, dan Arbeloa. Mujur, Liverpool berjaya mencari pengganti Torres dengan pembelian 2 pemain iaitu Luis Suarez dan Andy Carrol.
Luis Suare dari Uruguay, seorang pemain yang licik. Gol yang masih sy ingat semasa dia main di WC2010 semasa lawan dengan korea selatan. Uruguay menang, 2-1. Gol yang lencong dari atas garisan kotak penalti,. sangat cantik, sehingga mendapat anugerah FIFA sebagai gol WC2010 yang tercantik. Pagi ini, aq nak tengok persembahan dari Luis Suarez. Kalau bagus, aq nak beli dia untuk Fantasy Team aq. haha...

No comments:

Post a Comment